Tuesday 25 October 2011

PAKATAN JUGA TAHU MENGHARGAI BLOGGER




Petang nanti (25hb.10.2011) Pas Pahang akan menganjurkan satu program Himpunan Blogger di Temerloh. Nampaknya Pas dan Pakatan Rakyat juga menghargai peranan para blogger serta pengamal media sosial dalam membantu menyebarkan maklumat serta meaih sokongan rakyat bagi menghadapi PRU akan datang.


Mungkin ini rentetan dari apa yang telah dianjurkan oleh Kerajaan UMNO BN serta ngo pro kerajaan baru-baru ini. Bagaimanapun ini adalah satu perkembangan yang sihat dalam mengiktiraf peranan pengamal media sosial menjelang PRU nanti.


Berikut apa yang disiarkan oleh sebuah blog portal milik Pas Pahang:


TEMERLOH:Lajnah ICT PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) akan menganjurkan hi-tea perdana pada 25 Oktober ini bermula jam lima petang di perkarangan bangunan PAS Pahang, Jalan Dato Bahaman di sini.

Menurut Pengarah ICT Negeri, Shamsuri Hussin, sempena majlis berkenaan satu diskusi bertajuk “ Bloger: Peranan dan Cabaran Merealisasikan Pakatan Rakyat Melangkah ke Putaraja” dengan menampilkan bloger terkenal Hishamuddin Rais.

Katanya, turut serta Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PASA Pusat Nasrudin Hasan, Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, Tukul Besi dan beberapa bloger terkenal sekitar negeri Pahang.

“Mereka yang mempunyai blog dan akaun facebook dijemput hadir kerana akan dilancarkan facebook kelab penyokong PAS Pahang bagi tujuan menghadapi pilihan raya.

“Hasrat ini timbul berikutan media baru ini sudah digunakan secara berleluasa dan menurut kajian kini hampir 80 peratus pengguna facebook merupakan daripada golongan remaja dan aktif berintaraksi sesama mereka,” katanya.

Tambahnya, jika di luar negeri pengguna facebook boleh mencorakkan keadaan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara maka pengguna di negara ini juga patut berbuat demikian asalkan dengan tujuan yang baik.

“Kita sedar media arus perdana kini terlalu dikongkong oleh pihak kerajaan dan satu parti jadi kita harapkan dengan kehadiran media baru ini dapat menerobosi kekebalan politik satu parti selama ini,” katanya.

Sementara itu sesiapa yang ingin mengetahui secara terperinci program berkenaan bolehlah menghubungi penganjur di talian: 013- 9815518.

Sumber: Blog Selamatkan Pahang